المقدمة





Assalamualaikum

Blog ini ditubuhkan adalah untuk mengupaskan bahagian-bahagian buku Nahu Soraf tingkatan satu. Blog ini dicipta oleh Unit Multimedia SMU (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat Tumpat Kelantan (UMUTI) yang terdiri daripada empat orang anggota iaitu Muhammad Zulhaikal Baqi Bin Kamal, Muhamad Irfan Muizz Bin Ab Sattar, Muhammad Amirul Hakim Bin Mohd Rozmi dan Ahmad Zulhilmi Bin Abd Suki.

Tujuan utama blog ini dicipta adalah untuk memudahkan lagi para pelajar  mempelajari ilmu Nahu Soraf secara mudah dan cepat. Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar pada masa kini lebih cenderung dalam melayari laman sesawang, jadi dengan ada nya blog Nahu Soraf bg tingkatan satu ini ,sudah pasti akan menambahkan lagi minat pelajar terhadap pembelajaran Nahu Soraf khususnya bagi pelajar tingkatan satu itu sendiri

Blog ini bukan sahaja dikhususkan kepada pelajar tingkatan satu sahaja, malah ianya boleh digunakan oleh lapisan masyarakat yang ingin mempelajari ilmu Nahu Soraf secara asas.  Akhir kalam, Kami berharap bahawa blog ini akan memberi kepuasan kepada pengguna dan memberi kejayaan kepada pelajar.