Assalamualaikum
Blog ini ditubuhkan
adalah untuk mengupaskan bahagian-bahagian buku Nahu Soraf tingkatan satu. Blog
ini dicipta oleh Unit Multimedia SMU (A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat Tumpat
Kelantan (UMUTI) yang terdiri daripada empat orang anggota iaitu Muhammad
Zulhaikal Baqi Bin Kamal, Muhamad Irfan Muizz Bin Ab Sattar, Muhammad Amirul
Hakim Bin Mohd Rozmi dan Ahmad Zulhilmi Bin Abd Suki.
Tujuan utama blog ini
dicipta adalah untuk memudahkan lagi para pelajar mempelajari ilmu Nahu Soraf secara mudah dan
cepat. Seperti yang kita sedia maklum, para pelajar pada masa kini lebih
cenderung dalam melayari laman sesawang, jadi dengan ada nya blog Nahu Soraf bg
tingkatan satu ini ,sudah pasti akan menambahkan lagi minat pelajar terhadap
pembelajaran Nahu Soraf khususnya bagi pelajar tingkatan satu itu sendiri
Blog ini bukan sahaja
dikhususkan kepada pelajar tingkatan satu sahaja, malah ianya boleh digunakan
oleh pelusuk masyarakat yang ingin mempelajari ilmu Nahu Soraf secara asas.
Lebih menarik lagi, kami juga telah menyediakan tiga bahasa di dalam blog ini
iaitu bahasa Melayu, Inggeris, dan Bahasa Arab. Oleh itu, tidak menjadi alasan
lagi untuk warga yang bukan berbangsa Melayu untuk mempelajari ilmu Nahu Soraf
ini. Akhir kalam, Kami berharap bahawa blog ini akan memberi kepuasan kepada
pengguna dan memberi kejayaan kepada pelajar.